Isnin, 31 Oktober 2016

Nostalgia Blues Siri 1,2,3.

 Assalamualaikum. Aku kini kembali dari penyepian diri selama beberapa tahun. Hehehe. Kalau diikutkan, aku memang dah malas nak melukis lagi. Tapi atas rasa rindu yang amat sangat pada dunia kartun bebas ni, buat aku berfikir semula. Blog lama hilang, no hal, aku buat blog baru. Asalkan aku dapat buat apa yang aku suka buat. (selama ni)

Orait, sebagai permulaan tanda aku kini kembali ni, aku zahirkan sebuah komik mini bertajuk Nostalgia Blues:Return. Memandangkan sekarang ni industri hiburan tengah hangat dengan filem Rock Bro, aku pun terfikir untuk menyambung semula kisah perjuangan 4 orang Mat Rock dalam siri Irama Nostalgia terdahulu. Kalau sebelum ni aku menulis cerpan, (cerita panjang daa) kali ni aku nak try buat komik pulak. Kenapa? Sebab kali terakhir aku melukis, tahun 2010. Tu pun siri cerita-cerita pendek je. Hehe.

Okey, buat masa sekarang aku cuma sempat melukis 3 siri je. Tengok la, sehari dua nanti aku sambung lagi. Maaf la ye, lukisan aku nampak kaku sikit almaklum la dah bertahun tak melukis kartun, tangan pun dah sekeras kerikil. Hahaha. Tapi 3 siri jiwang karut yang aku sempat lukis ni baru prolog je, tak masuk cerita sebenar lagi. Nanti aku update, so sabar la ye.. Terima kasih la kerana sudi menerjah ke dalam dunia gobok aku ni.